Thursday, December 30, 2010

Puteri Santubong


Puteri Santubong merupakan cerita rakyat / sastera rakyat negeri Sarawak yang meniti dari bibir ke bibir. Ia diperturunkan dari generasi ke generasi kerana ada unsur-unsur pengajarannya di dalamnya. Selain itu untuk memberi 'logik' kisah kejadian dan kemunculan sesuatu perkara. Oleh kerana ia merupakan cerita lisan iaitu cerita mulut yang diceritakan dari nenek, ibu bapa kepada kepada cucu dan anak-anak kecil, ceritanya sentiasa berubah, berkurang atau bertambah untuk menyedapkan lagi cerita.
Ringkasan cerita
Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang ialah anak dewa yang turun dari kayangan untuk menjaga gunung di Sarawak. Suatu hari mereka bergaduh kerana merebutkan Putera Serapi. Seorang puteri belagak lagi bagus dan seorang tak akan mengalah sehingga mati. Padahal mereka bersumpah tidak akan berkelahi. Sejinjang memukul pipi Santubong lalu Santubong membalas dengan menikam dengan batang belida lalu Sejinjang bertukar menjadi Pulau Kera dan Santubong menjadi Gunung Santubong.
Lirik Lagu Puteri Santubong



Puteri Santubong puteri sejenjang
Penjaga gunung negeri Sarawak
Manis sik ada dapat dilawan
Anak dak dewa turun kayangan


Ooo... puteri santubong
Menenun kain... siang
Ooo... puteri sejenjang
Menumbuk padi... malam

Satu hari nya duak kelayi
Beranok-anok sik renti-renti
Sorang madah dirik bagus agik
Sorang sik ngalah sampei ke mati

Yalah kisah duak 'rang puteri
Suka kelayi setiap hari
Lalu disumpah raja kayangan
Menjadi gunung Negeri Sarawak
 

No comments:

Post a Comment